Sunday, March 28, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH



Rasa nak bercinta sekali lagi!!. Itulah kata-kata yang diucapkan seorang teman setelah menonton filem ini. Fuh.. memang hebat penangan filem ni.. kalah filem Ayat-Ayat Cinta. Yang paling penting, cerita dalam filem sama seperti yang digambarkan dalam novel, sikit pun tak diubah.

Sedikit info tentang filem Ketika Cinta Bertasbih..

FILEM Ketika Cinta Bertasbih ini diangkat daripada novel terlaris Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih karya hebat Habiburrahman El Shirazy. Garapan indah Chaerul Umam selaku director menjadikan film ni sebagai film yang dinanti2 dan meletup di bioskop2 (pawagam2) di Indonesia. Menariknya, pencarian 5 bintang utama film ini diadakan menerusi uji bakat bagi memastikan setiap pelakon mampu menjiwai nilai2 indah Islam itu sendiri. Daripada 5 pelakon yang berjaya membarisi film ini, salah seorang daripadanya merupakan pelakon Indonesia, Alice Sofie Norin. Selain Alice, antara teraju utama film ini ialah Kholidi Asadil Alam, Oki Setiana Dewi, Andi Arsyil Rahman Putra, Meyda Sefira, Deddy Mizwar, Niniek L. Karim, Didi Petet, Habiburrahman El Shirazy, Aspar Paturusi, Din Syamsudin, Slamet Rahardjo, dan El Manik.


Kholidi Asadil Alam as Khairul Azzam

Oki Setiana Dewi as Anna Althafunnisa

Andi Arsyil Rahman Putra as Furqan


Kholidi (Odi) ni muka dia macam matured je padahal umur baru 20 tahun. Sebelum menyertai audition film Ketika Cinta bertasbih (KCB), dia bekerja sebagai penjual kain dan ayam goreng. Dalam film ni Odi memegang watak Khairul Azzam seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir. Perjalanan hidupnya di bumi Cairo diwarnai dengan pelbagai suka duka serta rona-rona indah cinta apabila hatinya tertaut dengan pesona kecantikan dan petah bicara Anna Althafunnisa (Oki). Hidupnya diserikan juga dengan kehadiran rakan seperjuangannya, Furqan (Andi) yang menghidapi AIDS dan adiknya, Ayatul Husna (Meyda) serta Eliana Pramesthi Alam (Alice), perawan jelita yang hidupnya berkiblatkan Barat.

Alice Sofie Norin as Eliana Pramesthi Alam

Meyda Sefira as Ayatul Husna

No comments: