Sunday, July 29, 2007

Risik... Tunang... Hantaran...

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..

Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..


Hantarannya.. sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..

Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..

Wangian gaharu dan cendana..


Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..

Berkompangkan azan dan kalimah kudus..


Akad nikahnya bacaan talkin..

Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..

Siraman air mawar..

Keluarga terdekat menepung tawar..


Tiba masa pengantin..

Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan Dia menuntut janji..


Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..

Atau terkubur bersama dosa-dosa...

Dan Dia Kekasih itu..

Menetapkanmu ke syurga..

Atau melemparkan dirimu ke neraka

Saturday, July 28, 2007

Sebelum dan Sesudah

CINTA : (sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama.

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH : (sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG : (sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!.
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI : (sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?.

tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama.
I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal seblm nikah).
N- Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan.
T- Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang.
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K- Kasih berputik dikala pertunangan diikat.
A- Akad dilafaz cinta berbunga.
S- Suami dihormati.
I- Isteri disayangi.
H- Harumlah kasih sepanjang zaman.

S- Sayangkan isteri kasihkan suami.
A- Ada masalah, dibincangkan bersama.
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
A- Amalkan hidup bertoleransi.
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama.
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa.

H- Hati suami mesti dijaga.
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh.
T- Tanggung-jawab dipikul bersama.
I- Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti.

Tiada Maknanya Sebuah Persahabatan


Sebuah persahabatan akan tiada maknanya jika hanya aku
Yang menyayangi... Yang mengasihi... Yang berkorban

Untuk sebuah persahabatan


Sebuah persahabatan akan hilang maknanya jika hanya aku
Yang tahu menghargai... Yang tahu menjagai... Yang tahu menghormati
Erti sebuah persahabatan


Sebuah persahabatan akan tiada ertinya jika hanya aku seorang

Yang bergelak ketawa... cuba bergurau senda...
Cuba menceriakan suasana

Sebuah persahabatan akan terus mengguris rasa jika hanya aku
Yang cuba menguraikan yang kusut... menjernihkan yang keruh
Sedangkan itu tanggung jawab kita bersama
Menyemai... menyiram... dan membajai sebuah persahabatan

Agar ia terus kekal berseri...
Ditaman hati kita...

Friday, July 27, 2007

Sahabat @ Cinta??

Cinta: Kenapa kamu sering bersedih kebelakangan ni??
Hati: Macam mana aku nak gembira...
Cinta: Kenapa??
Hati: Kerana aku kehilangan sesuatu...
Cinta: Kan kamu ada aku...
Hati: Aku akan gembira kalau kau turut bersama aku untuk mencintai persahabatanku...
Cinta: ???
Hati: Tapi kini... hanya kerana kamu aku terpaksa melupakan persahabatanku.. kemudian kamu bertanya kenapa??.

Sahabat, Bila Engkau Terasa.....

Sahabat...
Bila rasa ingin menangis, hubungilah aku...
Bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
Tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...
Tapi tak leh ramai sangat... nanti habih air mata aku...

Sahabat...
Jika terasa tiba-tiba nak melarikan diri...
Jauh dari masalah... hubungilah aku...
Aku takkan suruh kau berhenti...
Tapi... aku mungkin akan berlari bersama kau...
Agar masalah kau boleh selesai...
Tapi jangan laju sangat lari... tak larat aku nak kejar...

Sahabat...
Jika tiba-tiba kau ditinggalkan kekasih, beritahulah aku...
Aku tidak akan memaki hamun pada sesiapa...
Tapi... aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri...

Sahabat...
Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia, beritahulah aku...
Aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau...
Tapi... terimalah segala ketentuan Allah...
Dan belajar untuk cintai mereka...

Apa guna sahabat, jika tidak bersama...
Apa makna erat, kalau tak sekata...
Moga kita makin ceria, mesra bersama...

Mencari Wanita Sempurna


Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?", ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.

"Sejujurnya sampai sekarang aku masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu aku di Utara, aku berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Aku fikir inilah wanita ideal untukku dan sesuai menjadi isteriku. Namun belakangan selepas itu baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ.

Di Ipoh aku bertemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru aku tahu, dia banyak tingkahlaku yang tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi akhirnya aku ketahui dia dari keluarga yang berantakan (berpecah belah) dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Aku terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang aku temui. Sampai pada suatu hari, aku bersua dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan sayang kepada orang lain. Aku fikir inilah pasangan hidup yang dikirim oleh Tuhan untukku".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi?. Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Kawannya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa dia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu?.... Nobodys perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita, belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.

Cinta Sebelum Kahwin Dan Cinta Selepas Kahwin

Sepasang kekasih sedang asyik bercengkerama di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...


Makwe: Bang, andai kata saya menjadi bintang...
Pakwe: Abang kan jadi Ultramannya
Makwe: Kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: Oh gitu.... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu.. sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie...begitu pandai berkata-kata.

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba-tiba si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.... bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu.... buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak
lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa-apa ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga...
2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah.... apa lah awak nie
Isteri: ?????????, kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul-betul
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu.... kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu.... yang mengado-nado nak jadi bintang tu buek apo???
Isteri: Abe nie tok supo dulu.... tok rometik lasung, metemete la saya nie doh tok comey lagi
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do....

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut....tiba-tiba si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.....

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie.... buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

* MORAL CERITA: Sebelum kahwin semuanya di mata indah-indah belaka, selepas kahwin semuanya tak seperti sebelumnya... so, perkahwinan bukanlah semata-mata atas dasar cinta dan kasih sahaja, perlulah berlandaskan apa yg telah disyariatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w & agama islam......wallahuallam.

Thursday, July 26, 2007

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Suamiku....











Kek coklat kesukaan & Hadiah dari murid2


Doaku buatmu,
Semoga dipanjangkan umur dalam kebaikan, Dimurahkan rezeki lagi diberkati, Semoga detik2 waktu yang mendatang adalah kebahagiaan buat kita, Yang takkan hilang..... insyaAllah, Semoga dengan bertambah usiamu..... Akan bertambah imanmu dan amalmu..... jua kematanganmu...




Airmata Rasulullah SAW


Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya....

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu, Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudahtiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua", keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir disana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut", kata Rasulullah...

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?". Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah". Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,", kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemaan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?". Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?". Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ''Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya", kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini". Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?". Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal", kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku". Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu".

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku". Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintainya seperti mana dia mencintai kita??. Allahumma sholli 'ala Saiyidina Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi ...
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita........

Iman, Awak Bercuti Ke??

Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?.

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu?, pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil. VCD, SMS, TV, INTERNET... jadi kami rasa terpinggir.

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah la.

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan?. Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!!. Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali...

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya, kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya??.

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah.. Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan.

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang?. Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga.. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?.

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan.. Bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. saya rimas.

Iman : (senyum sinis).. Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu.. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi.. Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat En Dosa.. dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya...

Iman : Tuan betul-betul sanggup?.

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang.. Tak tenang, management berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. kami free of charge.. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO kita, Allah akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih.. Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat dan semua ahli jabatan kamu ya.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya.

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku..

*** Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa. Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik.. Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur. Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu.. Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali. Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu diternak satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir.

Wednesday, July 25, 2007

Ya Allah... Jagalah Cintaku...


Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi.

Di Mana Isteriku???

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit", kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni", Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah,". Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni". Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?". "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang". Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?". Tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya". Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nant". "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut". Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza, tak ada apa-apa", Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa.. kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?", kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang". "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa....". Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Usin....bangun Sin", sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ". Mana Liza mak?, macam mana dengan Liza mak?. Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?". Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?". Usin masih terus menangis.

PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?. "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!". Emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

.... Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu!!.

Moral: Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih tak ckup syarat dan pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi... huhu...

Tolong Sampaikan Pada Si Dia…


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Tuesday, July 24, 2007

8 G Pada Lelaki Yang Dibenci Oleh Wanita

1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah-marah tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua. Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya
dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah?. Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain. Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah
Tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja. Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada
Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambl kesempatan. Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
Bahasa kedah - bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali-kali. Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?. Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo
Keterlaluan - lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat. Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri. Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura-pura melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja.

Dirumus oleh - Datuk Fadzilah Kamsah.
Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda
sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada
menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

7 C Pada Wanita Yang Dibenci Lelaki

1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........

Dirumus oleh - Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH...

Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah, sepasang mata menjadi hadiah???.

"Kenapa engkau mengikutku?" "Aku tertarik dengan kecantikanmu". Jawapan yang cukup angkuh, namun mengundang seribu soalan. Bila bungkusan merah diterima di tangan seorang MUSLIM, Contohilah wanita itu bukan dengan mencungkil matamu,tetapi dengan menjaga keperibadianmu.

WAHAI MUSLIMAT, aku sering tertanya....
Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman,meramahkan bicara kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki???
Yang sememangnya dicipta Allah dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis, apatah lagi lelaki ini yang kau tahu cukup ego,menganggap wanita sebagai hidangan yang boleh dibelek dan dipilih-pilih

BENAR....
Wanita itu telah menemui ajalnya, namun diiringi keredhaan Tuhan
Dan keinsafan seorang lelaki, yang akhirnya menjadi ahli sufi MUSLIM,

Beginilah jalanmu....
Tundukkanlah pandanganmu, keraskanlah suaramu
Seriuskanlah perwatakanmu, tampilkan ketegasanmu
Bila engkau di depan atau di belakang
Atau di kiri atau di kanan lelaki

Walau atas apa alasan sekalipun, ketuk keegoan mereka
Bangkitkan mereka dari mimpi, jelaskan dengan amalmu
Bahawa percampuran bukan caranya, bahawa keseronokan adalah palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan, hanya kehancuran MUSLIMAT
Inilah jalannya....

Lalu mungkin engkau akan melihat di kalangan remaja ini
Akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang
Sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan Al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah....

Monday, July 23, 2007

Perbezaan Antara Cinta Dan Suka

Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akan berdebar-debar dengan cepat. Di depan orang yang kamu "suka", kamu akan selalu bahagia.

Di depan orang yang kamu "cinta", musim dingin serasa musim semi. Tetapi di depan orang yang kamu "suka" musim dingin sama saja dengan musim dingin yang indah. Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "cinta", maka kamu akan bertemu. Tetapi jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "suka", maka kamu akan tersenyum.

Di depan orang yang kamu "cinta", kamu tidak akan dapat mengungkapkan apa yang ada di benakmu. Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu dapat mengungkapkannya.

Di depan orang yang kamu "cinta", kamu cenderung malu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu bisa menunjukkan diri kamu yang sebenarnya. Orang yang kamu "cinta", biasanya akan muncul di benakmu setiap 2 minit.

Kamu tidak akan dapat menatap langsung ke mata orang yang kamu "cintai".
Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatap mata orang yang kamu "suka".

Ketika orang yang kamu "cintai" sedang menangis, kamu akan ikut menangis bersamanya.
Tetapi jika orang yang kamu "sukai" menangis, kamu akan mengakhirinya dengan kelegaan.

Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata, dan perasaan "suka" dimulai dari pendengaran telinga. Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, yang harus kamu lakukan adalah menutup telingamu. Tetapi jika kamu mencuba untuk menutup matamu, cinta akan berbalik menjadi titisan air mata dan akan selalu berbekas di hatimu selamanya....

Kau Adalah Bidadari Cinta

Wanita solehah itulah bidadari cinta yang didambakan oleh penghuni syurga. Tanyalah kepada wanita disekeliling kita, hatta kepada seorang pengemis wanita, hati pasti terusik lantas mengiyakan gelaran wanita solehah yang diidamkan. Dangkalnya aqal wanita apabila dipersoalkan mengapa nabi hanya dilantik di kalangan lelaki... aduhai wanita muslimah, kau tetap tidak disisihkanNya. Malah Dia menganugerahkan kepadamu, keistimewaan yang tiada tandingan dengan lelaki. Lihatlah dirimu, carilah keistimewaan itu. Di situlah letaknya kebesaran dan keagunganNya.

Kerinduan ahli syurga terhadap wanita solehah melebihi kerinduan mereka kepada 70 orang wali. Peganglah pada janji sabda Nabi, dari Anas bin Malik r.a ”Apabila seorang wanita mengerjakan shalat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya, maka ia pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.” Tidakkah terusik hatimu muslimah semua... Senang untuk dirimu meraih syurga yang dijanjikan. Dan harus diingat bahawa janji-janjiNya itu adalah pasti.

Tunduk dan taatlah kepada perintahNya dan patuhlah setiap larangannya. Itulah bukti kecintaan seorang muslimah sejati itu terhadap Penciptanya. Kita seringkali patah hati, menangis malah hilang keyakinan hidup tatkala kekasih hati melukai hati kita. Kesatlah air matamu itu. Airmata berjurai itu adalah sia-sia jika kau menitiskan pada yang bukan haq. Carilah sakinah dan farhana dalam cinta Penciptamu. Kau akan ketemui cinta yang kasih yang didambakan. Kasih yang tidak akan melukakan. Berikan hatimu yang telah retak beribu itu kepada Penciptamu, pasti Dia akan cantumkan keretakkan itu dengan mahabbahNya. Tatkala cinta manusia itu membuatkan hatimu gusar, bimbang... cinta yang akan kau temui ini, tidak akan membuatkan dirimu gelisah, sebaliknya keredhaanNya akan menjadi alas kerinduanmu padaNya. Rindu pada alunan kalamullah, rindu pada munajat di seperti malam, dan rindu pada syurga yang dijanjikan. Lalu, pohonkan cinta insan yang mencintainya. Moga cinta insan itu akan menjadi pendorongmu, memudahkan laluan mujahadah.

Auratmu itu bukan tontonan manusia yang tidak berhak ke atasnya. Aurat adalah satu tanda malumu masih mempunyai kehormatan. Jagalah kehormatan dan maruah auratmu itu. Kau mengetahui batasan auratmu. Kau mengetahui sealimnya siapa mahrammu. Malah kau juga tahu syaitan laknatullah sentiasa merisik ruang untuk mendekatimu. Tutuplah auratmu dengan jilbab bukan sekadar hijab dan satr. Perhatikan pakaianmu, perelokkanlah auratmu. Rambutmu itu hanya mahkota untuk suamimu. Seorang ratu tahu masa dan tika yang sesuai untuk memperagakan mahkotanya itu, hanya pada yang berhak sahaja. Lalu, tutuplah ia dengan hijab yang akan melindungi dirimu daripada panahan mata ghair mahram.

Sedarilah bahawa perintah menutup aurat dan berhijab bukan untuk mengongkong dirimu tetapi ia bertujuan menjaga kehormatanmu, kesucian dan kemuliaan seorang wanita solehah. Lihatlah betapa Allah mengutamakan dirimu sehinggakan Dia memelihara dirimu sehalus mungkin. Jadi, wajarkah dirimu membayar dengan ketidaktaatanmu dan mengingkarinya.. Sungguh, dirimu adalah wanita yang zalim. Zalim terhadap dirimu sendiri... Ketahuilah, aurat dan kehormatanmu terlalu mulia untuk dizalimi. Sukakah jika dirimu bergelar penzalim?. NurkasihNya sentiasa menerangi lorong kehidupanmu... bangunlah daripada kealpaan. Bukalah matamu, lihatlah keagunganNya pada dirimu. Persiapkan dirimu wahai saudari muslimahku, kerana kau adalah bidadari cinta!.

Sunday, July 22, 2007

Warkah Buat Hawa

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki.

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..

Saturday, July 21, 2007

BATAS AURAT WANITA

Batas aurat wanita adalah wajah dan telapak tangan sebagaimana disebutkan dalam hadits:

Hadis riwayat Aisyah r.a, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, “Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil balig) maka tidak ada yang layak terlihat kecuali ini,” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).

SYARAT-SYARAT PAKAIAN MUSLIMAH
Pada dasarnya seluruh bahan, model, dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut.

1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Tidak tipis dan transparan.
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidak ketat).
4. Bukan pakaian laki-laki atau menyerupai pakaian laki-laki.
5. Tidak berwarna dan bermotif terlalu menyolok. Sebab, pakaian yang menyolok akan mengundang perhatian laki-laki. Dengan alasan ini pula, maka membunyikan (menggemerincingkan) perhiasan yang dipakai tidak diperbolehkan walaupun itu tersembunyi di balik pakaian.

KESALAHAN DALAM BERPAKAIAN
Berikut digambarkan beberapa kesalahan wanita muslimah dalam berpakaian:






































































BERJILBAB DENGAN BENAR
Berikut gambaran bagaimana cara berpakaian yang benar bagi seorang muslimah:















































Sumber: alikhwan.wordpress.com

Kawan atau Sahabat???

Adakah dirimu hanya kawan atau sahabatku?.

Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan kau berasa gembira bersamanya. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu dan dengannya kau bergurau. Namun, kau tidak akan memberikan hidupmu kepada mereka kerana kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak dimengerti kerana kau kurang mengenali mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cintai?. Bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau mengambil-berat tentang dirinya, dan kau memikirkannya ketika dia tiada di sisimu. Sahabat adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat sesuatu yang mereka sukai kerana kau amat mengenali mereka. Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki dan wajahnya selalu di dalam benakmu. Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar lagu kerana mereka membuat dirimu berdiri untuk menghampiri mereka, mungkin mereka pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan kepala
mereka di bahumu.

Mereka adalah orang-orang yang di antaranya kau merasa tenang karena kau tahu mereka mengambil berat terhadapmu. Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasan pun. Mereka berkata benar pertama kali, dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar. Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mentertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya.

Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak. Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis. Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri.

Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang menghantarkan atau mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau mungkin adalah orang yang kau nikahi.

5 cara memilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita
dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...

Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau
engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

21 Reasons Why Best Friends are Better Than Boyfriend / Girlfriend

1.You dont have to call them every day, just to let them know youre not fighting.

2.You dont have an anniversary-you just sort of "became" best friends.

3.When someone calls your girlfriend/boyfriend your "partner" it makes you think of marriage. When they call your best friend your partner, its more like cops. 4.You never have to touch your best friend when its hot outside, but you can still huddle close when its freezing.

5.Your parents usually like your best friend.

6.Your best friend doesnt care if you get fat, youre ugly, or if you get a bard haircut.

7.You dont have to get jealous of "girls o­nly" night or "guys o­nly" night -- Youre part of it!

8.You can laugh at your best friend with no consequences.

9.You can burp/fart in front of your best friend o­n any occasion.

10.You can plan o­n still having a relationship with your best friend in 20 years.

11.Never in your life will you need "space" from your best friend.

12.Your best friend wont be mad if you want some time alone, and will o­nly ask you "whats wrong?" o­nce.

13.Your best friend is someone you get in trouble with; your boyfriend/girlfriend is someone you get in trouble with if you get in trouble.

14.You dont have to get dressed up to go anywhere with your best friend.

15.Youre allowed to have multiple best friends.

16.No o­ne ever spreads rumors or talks about you and your best friends relationship.

17.Borrowing any amount of money from your best friend is okay, no questions asked.

18.Your best friend will never refer to you as "the ball and chain," "the old lady/man," or "the whip."

19.No o­ne is ever trying to fix you up o­n blind dates for a new best friend.

20.It doesnt matter what your "other" friends think about your best friend.

21. Your best friend is the first person you call when you get a new boy friend / girl friend, and when you break up with them.