Saturday, December 5, 2009

Melawan Kesepian


Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti


Friday, November 13, 2009

PENGAMBILAN PELAJAR MUSLIMAT MADRASAH ALIYAH - SISTEM PENGAJIAN PONDOK

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDALAMI ILMU AGAMA MENGIKUT SISTEM TRADISIONAL (PONDOK) ATAU BERMINAT MEMASUKKAN ANAK MEREKA SILA HUBUNGI MUDIR MADRASAH IAITU USTAZ SOFFHAN DI NOMBOR 0192214302. TEMPAT HANYA TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA.

SYARAT-SYARAT

1- BERUMUR 12 TAHUN KE ATAS

2- PANDAI MENGURUSKAN DIRI SENDIRI

3- BERKELAKUAN BAIK

4- MINAT MENDALAM UNTUK MEMPELAJARI ILMU AGAMA (BUKAN PAKSAAN IBU BAPA)

Tuesday, April 21, 2009

Luahan nurani seorang suami....


Luahan nurani seorang suami.... hayatilah wahai wanita.. moga dirahmati Allah akan segala usahamu, moga sihat sejahtera dan dan dikurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat. Di perkuatkan lagi keimanan dan dijauhi dari segala musibah serta dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezekimu.

Ketahuilah olehmu wahai isteriku,
Dalam kehidupan suami isteri selama 18 tahun bersamamu,
Terlalu banyak yang telah kita lalui...
Terlalu banyak pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit . Walaupun belbagai kerenahmu dan caramu yang kekadang tidak sesuai pada pendirianku.
Walupun ada yang memang tak dapat aku terima sepenuhnya seakan mencabar aku sebagai suamimu.
Namun aku tetap berdiri dirumah yang aku bina atas dasar pilihan keluraga.

Masih teriyang ditelinga aku , bagaimana ucapan yang pernah kau lafazkan disaksikan oleh insan yang aku panggil ibu mertua..
Ala.. ustaz tu kalau dapat sujud kat sejadah dia.. takan dihiraukannya apapun.. biar bom meletup kat tepinya.

Masihkah kau ingat.. patah katamu itu.. aku hanya mampu beristifar memohon agar suatu waktu nanti kau akan insaf.
Walaupun ucapan ini telah terlalu lama aku dengari tapi memori aku masih tak mampu untuk mendeletenya..

Masihkah kau ingat lagi.. antara kata kata seorang isteri pada suaminya..
Bang oii..kalau awak nak saya jadi macam ustazah, ngapa nikah dengan saya.. tu Si Yah tu ada.. Si yati tu ada Si Min tu ada dulu.. ngapa awak nak kat saya..

Letihlah bang.......awak sajalah buatkan susu anak tu..bang..bangunlah anak nangis tu...nak susu agaknya...

Heeeeeee... bang nanti basuhkan lampin anak nie.. ada ke buang air ( kata seangkatan dengan nya) kat lampin.

Esok pagi.. kalau nak sarapan buat air sendirilah.. saya nak tdur. Pergi kerja kuncikan saja pintu tu.

Bang... balik lah.. asyik kerja saja.. budak ni menangis dari tadi tak mahu berenti.. cakap saja kat bos awak tu.. anak demam

Inilah kata katamu... kata kata seorang isteri pada seorang suami.. aku pernah menitik airmata takala sujud menyembah tuhan.. memohon agar tuhan memberi petunjuk padamu.Tahun 1999 sept. Setelah 13 tahun aku lalui segala keperitannya.. atas ajakan seorang teman.. aku berlepas ke Mekah. Mengerjakan ibadat umrah. Puas aku memujuk agar ikut bersama aku, tapi kau hanya berkata tak mahu, belum sedia...

Di Madinah dan di Mekah setiap solat aku panjatkan doa agar insan yang bernama isteriku berubah dan bertaubat. Agar terbuka pintu hatimu, menghornati insan bergelar suami. 9/2/2001........... waktu itu aku telah menjadi warga RJ, tulisan DD borhan amat aku minati.. aku postingkan.. bermimpikah aku atau isteri aku bermimpi................ segala keperitan aku, mungkin doa aku dimakbulkan tuhan.. untuk pertama kalinya seorang isteri mengucapkan selamat jalan pada aku.. bersalaman denganaku dan melambaikan tangan mengiringi perjalanan aku.. mana taknya kau... mujur tak lalu bukit putus..... kalau lalu situ aku dah lama terkubur agaknya.. tekejut amat sangat. Dari saat itu hidup aku sebagai suami berubah, segalanya... tahukah engkau wahai isteriku... jika dulu airmata aku menitis memohon agar tuhan menunjukkan kebenaran padamu. Sekarang aku mengalirkan airmata kerana kesyukuran pada tuhan.. usia perkhawinan kita 18 tahun.. tapi aku menikmati hidup sebagai suami yang dilayan sebagai suami hanya 3 tahun ini. Sesunggohnya aku bersyukur padamu tuhan..

Untuk isteriku..... segala dosa mu telah abang ampunkan... untuk masa lalu dan akan datang. Telah abang lafazkan dihadapan rumah Allah.. yang engkau tidak punya sedikit dosapun pada abang.. kecuali satu.. jika kau menginiaya ibubapaku..... dosa ini takan abang maafkan.. kerana tiada insan yang lebih mulia di dunia padaku kecuali ibu bapa abang.. moga tuhan terus merahmati dirimu.

Andainya kasih hendak ku berikan..

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti"

Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat agamanya. Boleh membimbing isterinya di dunia dan juga memimpin isterinya ke syurga. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah.
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros.
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya.
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan.
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, dan dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab.
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab. Dan perlu diambil kira tanggungjawabnya terhadap yang Esa.

10-Tenang wajah.
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya...
Ya Allah, mampukah aku mendapat keredhaanMu dan naunganMu di Padang Masyhar kelak??.

Monday, February 9, 2009

Makrifat Cinta


Sinopsis:

Setelah genap 3 tahun Iqbal Maulana meninggalkan Pondok Tegal Jadin, dia kemudiannya telah kembali ke pusat pengajian tersebut sebagaimana yang telah dijanjikannya dengan Kiai Sepoh sewaktu dia diarahkan untuk keluar dari pondok tersebut 3 tahun lalu.

Iqbal yang diiringi bersama kumpulan Ashabul Kahfi, penyanyi jalanan yang telah mendapat hidayah Allah s.w.t ditemani oleh Tuan Burhan, Puan Lela, makcik Jamilah, Fatiman, Firman dan Indri meninggalkan Banjarnegara demi memenuhi janji Iqbal serta menyatukan jiwa diatas nama cinta Tuhan.

Ketibaan Iqbal ke pondok Tegal Jadin bersama rombongannya telah memberikan kejutan kepada Kiai Subadar, Kiai Sepoh dan seluruh isi pondok tersebut. Namun Iqbal juga turut menerima kejutan apabila diberitahu oleh Ihsan bahawa Rakhmat menderita sakit yang tidak diketahui sebabnya semenjak Iqbal meninggalkan pondok tersebut 3 tahun yang lalu.

Ihsan memberitahu, Rahkmat menderita sakit akibat penyesalan terhadap perbuatannya kepada Iqbal 3 tahun dulu yang menyebabkan Iqbal diarah meninggalkan pusat pengajian tersebut. Iqbal turut bersedih melihat keadaan Rahkmat, seorang yang dihormati suatu ketika dahulu kini terlantar kurus dipembaringan. Namun begitu Rakhmat sempat mendengar sendiri perkataan maaf dari Iqbal sebagai membuktikan Iqbal telah memaafkannya. Rakhmat kemudiannya menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan Iqbal sambil mendengar bacaan ayat-ayat suci dari Iqbal.

Bukan sekadar pemergian Rakhmat yang mendukacitakan Iqbal, namun wasiatnya supaya Iqbal menjaga A'isyah puteri Kiai Subadar juga turut membebankan fikirannya. Sebelum ini Kiai Sepoh telah menyarankan supaya Iqbal mengahwini tiga orang gadis serentak iaitu Zaenab, Priscilla dan Khaura. Wasiat Rakhmat itu menjadi salah satu penyebab pernikahan Iqbal dengan ketiga-tiga gadis itu tertangguh kerana mencari jalan penyelesaian terhadap wasiat tersebut. Sehinggalah perbincangannya dengan Irsyad, pemuda yang bertanggungjawab membimbingnya ke jalan mencari Tuhan yang telah lama ditinggalkannya. Bagi Irsyad, menjaga A'isyah sebagaimana wasiat Rahkmat tidak bererti menikahinya tapi ia juga membawa maksud menjaga imannya dan akhlaknya. Bagi Irsyad, mencari lelaki untuk menggantikan Rahkmat sebagai cinta hati A'isyah juga termasuk dalam menjaga A'isyah.

Setelah mendapat jawapan tersebut, perasaan Iqbal menjadi sedikit tenang kerana satu dari masalahnya telah selesai. Namun begitu, timbul masalah lain pula iaitu mengenai siapakah lelaki yang layak menggantikan Rahkmat di hati A'isyah. Tapi persoalan itu tidak lama menghantui fikirannya bila tiba-tiba dia teringatkan Ihsan, satu-satunya pemuda yang bersimpati dengannya dalam kejadian 3 tahun yang lalu. Baginya, Ihsan hampir-hampir menyamai sifat dan sikap yang ada pada Rahkmat dan dia memang layak untuk mendiami hati A'isyah.

Jiwa dan perasaan Iqbal terus menjadi nanar untuk membuat pilihan diantara ketiga-tiga gadis tersebut. Mestikah dia menikahi ketiga-tiga gadis itu serentak ataupun memilih salah seorang dari mereka itu? Sehinggalah dia menyerahkan urusan tersebut kepada Kiai Sepoh untuk memilih calon isteri dari kalangan ketiga-tiga gadis tersebut. Manakala Kiai Sepoh telah memberikan tempoh selama dua hari kepada Iqbal untuk mencari mahar bagi pernikahannya nanti.

Akhirnya setelah mendapat restu, Iqbal telah selamat dinikahkan dengan Fatimah Priscilla Zahra dengan mahar kahwinnya surah ar-Rahman bersaksikan semua pelajar Pondok Tegal Jadin.

Komen:

Saya amat tertarik dengan Catatan Penulis mengenai latar belakang kisah yang dimuatkan dalam novelnya. Saya bersetuju dengan pendapat beliau, sekolah pondok sekarang ini kelihatannya sudah semakin lesu dan malap. Padahal suatu ketika dahulu sekolah pondoklah yang menghasilkan ramai ulama-ulama yang hebat. Namun sekarang ia hanyalah sebuah sejarah sekdar untuk dikenang. Sebagai bekas pelajar pondok, saya juga turut bersedih dengan keadaan ini.

Kisah trilogi Makrifat Cinta yang cukup menarik untuk bacaan semua terutamanya buat sesiapa yang ingin mengenali keindahan cinta dalam Islam. Melalui trilogi ini para pembaca bukan sahaja dapat melihat perbandingan antara cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan cinta Islami, bahkan para pembaca juga akan turut menyaksikan peristiwa-peristiwa dan persoalan-persoalan yang biasanya dialami oleh orang-orang yang mengembara mencari cinta Tuhan.

Syabas dan tahniah saya ucapkan buat saudara Taufiqurrahman kerana berjaya menyajikan trilogi yang hebat dan menarik. Sejak saya membaca novel Musafir Cinta, saya terus diburu rasa tidak sabar untuk membaca novel-novel seterusnya. Doa saya, semoga menyusul karya-karya yang hebat lagi dimasa akan datang.

Diambil dari: http://serulingsenja2.blogspot.com/2009/01/novel-makrifat-cinta.html

Musafir Cinta


Kesinambungan daripada novel Syahadat Cinta.

Kisah Iqbal yang masih mencari diri dan akhirnya di sebuah tempat, di dalam sebuah rumah mewah, iman Iqbal yang baru menyubur kembali dicabar oleh Firman dan teman-temannya. Namun dibalik semua itu tersembunyi suatu rahsia daripada Ilahi, lalu mampukah Iqbal menahan cabaran ataupun menyahutnya dan mampukah dia membongkar rahsia dibalik kejadian itu.

Setelah meninggalkan pondok Tegal Jadin, Iqbal Maulana telah mengembara tanpa arah tujuan dalam perjalanannya mencari cinta. Sehingga dia sampai ke Kota Banjarnegara dan bertemu dengan sekumpulan penyanyi jalanan yang hidup dengan penuh kemaksiatan dan kemungkaran. Di sanalah dia bertemu dengan Firman Ardiansyah, Surya Permana, Parno Atmojo, Patmo Prastowo, Indri Rahmaningtyas, Oktaniani, Tuan Burhan dan Puan Laela.

Iqbal yang pada mulanya menanggung amanah Tuan Burhan dan Puan Laela untuk membawa Firman, satu-satunya anak lelaki mereka kembali kejalan yang benar telah terseret sama dalam kekeliruan persoalan ketuhanan yang dikemukakan Firman. Sehinggakan Iqbal terkapai-kapai mencari jawapan terhadap soalan tersebut menyebabkan dia mempersoalkan qada' dan qadar tuhan.

Namun kecelaruan tersebut tidak lama tatkala hatinya kembali sirna. Berlakunya beberapa kejadian yang menyebabkan sahabat-sahabatnya yang sebelum ini bergelumang dalam noda, dosa dan kemaksiatan mendapat hidayah dari Allah. Maka tatkala itu tertubuhlah kumpulan Ashabul Kahfi.

Lalu rumah Tuan Burhan yang menjadi tempat pesta Firman dan teman-temannya sebelum ini telah bertukar menjadi taman yang indah dihiasi dengan alunan zikir dan ayat-ayat Tuhan. Maka berduyun-duyunlah orang datang untuk menemui Iqbal Maulana bagi mengenali seorang lelaki yang telah mengubah ramai pemuda jalanan menjadi pemuda yang menjejaki jalan Tuhan.

Ulasan:
Pada permulaan novel ini agak perlahan dan sedikit membosankan. Namun ceritanya semakin menarik setelah Iqbal sampai di Kota Banjarnegara. Novel ini kurang adengan aksi jika hendak dibandingkan dengan novel Syahadat Cinta. Namun ianya sarat dengan persoalan ketuhanan. Nasihat saya kepada pembaca yang lain agar membacanya sampai kepenghujung cerita dan berhati-hati apabila memikirkan jawapan yang diajukan oleh Firman kepada Iqbal. Pada pendapat saya, penulis novel ini perlu membuat satu bab yang mana Iqbal mendapat jawapan terhadap persoalan ketuhanan yang dikemukakan Firman.
Walau bagaimanapun, keseluruhan novel ini cukup bagus untuk dibaca dan dimilik. Saya tidak sabar untuk menantikan kehadiran novel terakhir daripada trilogi ini iaitu Makrifat Cinta.

Diambil dari : http://serulingsenja2.blogspot.com/2008/09/musafir-cinta.html

Trilogi Syahadat Cinta

Trilogi Syahadat cinta terdiri daripada:
Syahadat cinta, Musafir cinta & Makrifat cinta.



Sinopsis:

“Mahukah kamu menciumku?”.
“Masya-Allah, kenapa?”.
“Sebab ciuman adalah bukti kewujudan cinta. Kamu terpikat kepadaku kerana wajah ini, maka dia meminta bibirku untuk kamu cium. Jika hati yang membawa cintamu kepadaku, maka kamu pun harus mencium hatiku. Pilih mana?”.

Itulah petikan perbualan antara Iqbal, tokoh utama dalam novel ini, dan Zaenab, gadis yang merupakan perwujudan dari jamaliah Ilahi. Sebagai pemuda metropolis, Iqbal berjuang mengakhiri masa lalunya yang kelam, dan secercah cahaya Ilahi memasuki relung-relung hatinya, dan membawanya ke alam pesantren. Tetapi ternyata, perjalanan ini memunculkan amuk pergolakan di dalam hatinya. Baru sahaja dia mulai belajar berwuduk, membaca al-Quran dan bersembahyang, tetapi dia terpelanting ke lembah perdebatan, yang pada lahirnya memang dengan sahabat-sahabat senterinya, tetapi pada hakikatnya adalah antara Iqbal dengan dirinya sendiri. Baginya, hatilah yang perlu mendapat cahaya Islam, menerangi jiwa. Iqbal berusaha memasuki Islam melalui jalur hatinya, dan ternyata jalur itu membawa bersama benih-benih cinta kepada Zaenab, seorang santeriwati di pesantren itu.

Tetapi, masih ada dua gadis lain sedang menunggu cintanya. Priscillia, seorang gadis dari keluarga Kristian yang taat dan mendapat berbagai kekerasan dari keluarga dan sahabat-sahabatnya kerana telah memilih memasuki hidayah Islam; sedang gadis yang seorang lagi adalah pelajar sebuah SMA yang dipaksa menikahi orang yang tidak dicintainya, bahkan tidak dikenalnya. Iqbal justeru banyak belajar tentang keagungan Islam dari sebuah keluarga pengemis yang menumpangkannya di teratak mereka ketika dia lari dari pesantren kerana perseteruan-perseteruan fahaman agama yang sangat tajam.