~ ZIARAH ISTANBUL ~
Masjid Sultan Muhammad Fatih
Kota Yang Dijanjikan Rasulullah SAW
Tidak banyak kota-kota besar dunia yang pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis. Salah satunya adalah Istanbul (Islambul) yang dahulu masih bernama Konstantinopel.Kota Yang Dijanjikan Rasulullah SAW
Istanbul adalah sebuah kota yang pernah disebut-sebut oleh Rasulullah SAW dalam haditsnya yang disebutkan di dalam kitab Musnad Imam Ahmad. Lengkapnya demikian:
حدثنا يحيى بن إسحاق حدثنا يحيى بن أيوب حدثني أبو قبيل قال كنا عند عبد الله بن عمرو بن العاصي وسئل أي المدينتين تفتح أولا القسطنطينية أو رومية فدعا عبد الله بصندوق له حلق قال فأخرج منه كتابا قال فقال عبد الله بينما نحن حول رسول الله صلى الله عليه وسلم نكتب إذ سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم أي المدينتين تفتح أولا قسطنطينية أو رومية فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم مدينة هرقل تفتح أولا يعني ٌقسطنطينية مسند الإمام أحمد
Ketika kami duduk bersama dengan Abdullah bin Amru bin Al-Ash, beliau ditanya tentang kota manakah yang akan (futuh) dikuasai, Konstantinopel atau Roma?. Abdullah bin Amru bin Al-Ash meminta diambilkan kotak miliknya yang ada lubangnya dan mengeluarkan kitab dari dalamnya dan berkata, "Abdullah berkata bahawa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk menulis, tiba-tiba beliau s.a.w ditanya tentang kota manakah yang akan futuh terlebih dahulu, Konstantinopel atau Roma. Rasulullah s.a.w menjawab, "Kota Heraklius terlebih dahulu (maksudnya Konstantinopel). (HR Ahmad)Selain hadis di atas, ada juga hadis lain yang menyebutkan secara jelas tentang akan jatuhnya Konstantinopel ke tangan umat Islam.
لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش ) روه الإمام أحمد في مسنده
Rasulullah SAW bersabda, "Kalian pasti akan membebaskan Konstantinopel, sehebat-hebat Amir (panglima perang) adalah Amir-nya dan sekuat-kuatnya pasukan adalah pasukannya. (HR Ahmad dalam musnadnya)
Meskipun sudah ada berita gembira bahawa Konstantinopel akan jatuh ke tangan umat Islam, pada kenyataannya sampai generasi sahabat sudah meninggal semua, kota itu belum jatuh juga ke tangan umat Islam. Bahkan generasi tabi'in telah lewat, atba'ut-tabi'in juga demikian, janji itu tidak datang-datang juga.
Barulah akhirnya di masa Sultan Muhammad Al-Fatih, akhirnya kota itu jatuh juga ke tangan umat Islam, sebagai pembuktian bahawa hadis nabi SAW di atas benar adanya. Nama Kostantinopel itu diubah menjadi Islambul yang mana bermaksud islam keseluruhan (bul adalah perkataan Turki), kemudian ditukar pula menjadi Istanbul sewaktu pemerintahan Kamal Atartuk.